Bagi yang merasa artikel ini bermanfaat, di mohon memberi WOW dengan ikhlas :D
Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Tiada
seorang bambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM" kecuali
Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal
manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."
Dan
diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI
ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar
keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan bebel.
Barangsiapa
membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari
syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.
Barangsiapa
membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak
cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya
kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).
Barangsiapa
membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100
kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah
Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal
dan kemurahan Allah s.w.t.
Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786
kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal
selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah
kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.
Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.
Barangsiapa
menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya
maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau
dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain
kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung
dari siksa kubur.
Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah
s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan
dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk
menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja
habis solat Jumaat membaca doa:
(Maksudnya) Ya Allah,
sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang
amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang
mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi
penyayang. Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang
pengasih lagi penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup,
tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang
penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan aku memohon kepadaMu dengan
namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang melutut
bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan khusyuk
bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu
takut, dan mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta
salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan
berikanlah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa yang ku
kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)
Agar pintu rahmat dan
rezeki terbuka juga JALBURRIZKI dan supaya dimuliakan makhluk maka
bacalah 'YA ALLAH" sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalah
tersebut lalu membaca:
(Maksudnya) "Ya Allah, bukakanlah bagiku
pintu rahmatMu dan kurniaMu serta RezekiMu. Curahkanlah untukku perasaan
redha kepada-Mu dan takwa kepada-Mu. Mudahkanlah bagiku untuk
memperolehi rezeki-Mu dan sekelian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau kuasa
atas tiap-tiap sesuatu."
Ikhtiar dalam mengubati penyakit:
tulislah lafaz 'ALLAH HU' sebanyak 66 kali lalu diberi air itu dan
diminumkan kepada orang yang berpenyakit dan orang yang kena cubaan.
Ubat
sakit kepala (pening): menulis lafaz 'ALRAHIM' sejumlah dua puluh satu
diatas kertas lalu dikalungkan pada orang yang sakit kepala.
Permohonan
kesampaian hajat: Selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat, bacalah 'YA
ALLAH HU YA RAHMAN ' dalam keadaan suci dan menghadap arah Kiblat
sampai matahari terbenam lalu memohon kepada Allah s.w.t. akan keperluan
urusan dunia/akhirat, Insyaallah terkabul.(Dari Khadir a.s. Kitab
Is'adurrafiq, halaman 51)
Barangsiapa menulis 'AR RAHMAN NIR
RAHIM' sebanyak 50 kali khalimat tersebut didalam bahasa Arab lalu
dibawa dan pergi kehadapan orang yang zalim maka ia akan aman dari
keburukannya, dan saat menghadap itu bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN
NIRRAHIM' sebanyak 50 kali.
Ikhtiar mohon anaknya hidup dan
sihat: tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' dengan huruf Arab lalu
dipakaikan kepada perut perempuan yang sedang hamil itu.
Mohon
maju perniagaannya: bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 786
kali dihadapan dagangannya lalu dihembuskan. Demikianlah dilakukan
selama 7 hari. (Is'adurrafiq)
Ikhtiar keselamatan dalam
peperangan: Tulislah 'ALRAHIM' sejumlah 100 kalimat diatas kertas putih
lalu dibawa selalu, Insyaallah tidak terkena bahaya.
Ikhtiar
mendapat ikan dengan cepat: Tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM'
diatas timah lalu diletakkan pada jaring atau kail. Insyaallah
berduyunm-duyun datang ikan dari segala penjuru.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar